Wednesday, July 27, 2011

Perempuan Indon, Lepas tumpang kebas suami

BANTING: “Saya kutip dia (wanita Indonesia) dari jalanan dan ajak dia tinggal bersama saya, sudahnya suami saya pula dia rampas,” rintih seorang isteri yang kini hidup terumbang-ambing selepas ditinggalkan suami yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit.

Isteri berusia 45 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ros itu berkata, hubungan suaminya dengan wanita Indonesia dikenali sebagai Yati, 30, itu benar apabila mereka ditahan pihak berkuasa agama, Mac lalu.


“Kira-kira jam 1.20 pagi Mac lalu, saya ternampak motosikal suami di tingkat bawah sebuah flat tidak jauh dari rumah saya. Yakin suami bersama wanita Indonesia itu, saya menghubungi pejabat agama berdekatan.

“Bersama dengan pegawai pejabat agama, kami menyerbu rumah Yati, namun mereka terlepas daripada tindakan kerana mengemukakan bukti sudah berkahwin, cuma Yati didapati tiada sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya. Mengulas lanjut mengenai Yati, Ros berkata wanita itu sebelum ini bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari rumahnya.


“Saya masih ingat, kira-kira jam 10 malam kira-kira dua tahun lalu, saya nampak seorang perempuan berjalan seorang diri di hadapan rumah saya sambil menangis.


“Selepas mendekatinya, Yati memberitahu dia dihalau isteri majikannya yang menuduh dia mahu mengurat suaminya. Kasihankan dia, saya ajak dia tinggal bersama.

“Sejak peristiwa itu, selama lebih setahun Yati menumpang di rumah saya iaitu sehingga Ogos tahun lalu,” kata Ros yang tidak mempunyai anak biarpun selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai Malek, 55.


Ros berkata, selama Yati tinggal bersamanya, dia sedikitpun tidak curiga terhadap Yati dan tidak menduga wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya.


“Bukan saja dia rampas suami saya, malah saya juga disihirnya kerana awal tahun ini saya diserang penyakit misteri hingga separuh lumpuh hampir enam bulan sehingga tidak mampu melakukan sebarang kerja,” katanya. Ros berkata, dia kini hidup kesusahan dan terpaksa bekerja sebagai buruh kasar untuk menyara hidup selepas suaminya langsung tidak memberi nafkah selepas meninggalkannya sejak Ogos tahun lalu.

Selamat Datang Ramadhan

Tak berapa hari lagi kita bakal menyambut bulan ramadhan al mubarak, bulan yg penuh keberkatan dan rahmat. Ayuh kita merebut peluang ini utk menggandakan lagi amal ibadah kita. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita dibulan yg mula ini.

Sunday, July 24, 2011

Semakan Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara ANM

Dengan perkembangan teknologi internet dan komputer, kakitangan kerajaan kini boleh mencetak sendiri penyata gaji dan penyata tahunan mereka secara online atau e-penyata gaji.

Kemudahan online ini mungkin memudahkan golongan muda kakitangan kerjaan, tetapi mungkin agak sukar kepada mereka yg agak senior dan otai-otai. Kerana mereka ni kurang pendedahan berkenaan komputer dan internet.

Disini saya cuba bagi panduan bagaimana menggunakan semakan penyata gaji tersebut.

Pendaftaran

1) Bagi yg pertama kali masuk atau mendaftar.
2) Sediakan no. gaji. (Boleh lihat di slip gaji lama)
4) Cari sebelah kiri lawam web tersebut e-penyata gaji & laporan (Klik daftar masuk)
5) Klik Pertama kali mendaftar.
6) Isikan maklumat yg diperlukan di dalam web tersebut.
7) Daftar - selesai.


Sudah Mendaftar

2) Cari sebelah kiri lawam web tersebut e-penyata gaji & laporan.
3) Daftar Masuk dan isikan maklumat No. K/P dan password anda.
4) Dipaparan profile saya klik Penyata gaji "sendiri".
5) Pilih tahun dan bulan yg dikehendaki kemudian klik "Cari".
6) Klik pada link tersebut.
7) Beri masa utk proses downloud.
8) Akan terpapar slip gaji anda.
9) Slip gaji akan dipaparkan dalam format PDF. Harap PC anda ada perisian Adobe Reader.
10) Selesai.





Thursday, July 14, 2011

Patut la duit rakyat habis.

1) Korean Man said, 'I build 2nd bridge need 300K; 100K for material, 100K for handwork, 100K for profit.'

2) American Man said, 'I build 2nd bridge need 600K; 200K for material, American's material da best, 200K for handwork, American's handwork da best, 200K for profit, American's living standard high.'

3) Malaysian Man said, 'I build 2nd bridge need 900K…'

Mr asked, 'Why yours so expensive?'

4) Malaysian Man answered, 'I take 300K, you take 300K, the balance 300K give Korean Man to build the bridge…'

Friday, July 8, 2011

Lisa Surihani vs Neelofa

Artis Jelita 2011
Bagi saya ke dua-dua artis ni menarik dan berbakat.
tapi pilihan saya Lisa Surihani.

Jom meriahkan contest yg dibuat oleh myd40.blogspot

Friday, July 1, 2011

GEGAR BLOG JULAI 2011


Kasi gegar blogger Malaysia bersama Ben Ashaari.com