Sunday, August 14, 2011

4 guru ditahan jual nama anak yatim raih simpati

MELAKA - Empat guru asrama anak-anak yatim sebuah pusat tahfiz ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam apabila didapati menjual barangan menggunakan nama pusat berkenaan bagi meraih simpati orang ramai.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Saidatul Aini Jafri berkata, tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 25 hingga 29 tahun yang mendakwa guru dari pusat berkenaan yang terletak di Kedah ditahan ketika menjual pelekat ayat-ayat al-Quran, cakera padat, tisu dan madu kepada orang ramai.

"Mereka ditahan dalam operasi bersepadu JKM bersama-sama Jabatan Agama Islam Melaka, polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Operasi dijalankan setelah menerima banyak rungutan daripada orang ramai mengenai banyak kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti sebegini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Saidatul Aini berkata, operasi di 15 lokasi sekitar bandar Melaka dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh itu berjaya menahan keempat-empat individu terbabit ketika sedang melakukan jualan.


Sumber: Kosmo Online


P/S: Mereka ni juga la yg selalu kita nampak minta derma utk sekolah tahfiz di stesen-stesen minyak dan bank.

1 comment:

  1. kesian anak2 yatim ni. sepatutnya diorang dibantu, tapi ni tak, dianiaya gini lak. mengambil kesempatan atas kelemahan anak2 yatim.

    ReplyDelete